Printing Bendera Bersize Besar

21/02/2016 5 Comment(s) Printing,Silkscreen,

Kilang Printing Bendera Bersize Besar

Material Cotton , Silkscreen Printing

 

Silkscreen printing adalah jenis cetakan yang popular di kalangan usahawan T-shirt, Ia mengabungkan beberapa teknik dari membuat design sehingga bahagian dye bagi menghasilkan kualiti yang baik . proses ini agak rumit bagi yang baru belajar kerana ia memerlukan kemahiran bagi menjalankan beberapa step silkscreen printing.

Ramai pengusaha didalam kalangan warga tempatan yang menjalankan aktiviti bisnes ini , terutama dari golongan anak muda kerana ia suatu jenis bisnes yang berkos rendah serta memberi pulangan segera.

kali ini kami kongsikan cara printing bendera , bendera mempunyai size printing area yang besar dan memerlukan blok serta kemudahan expose unit yang besar bagi menghasilkan kualiti yang baik. Dari segi teknik printing ia macam teknik silkscreen biasa tetapi cuma ia mengunakkan size print yang lebih besar.

berikut dibawah kami tunjukkan cara-cara bendera di cetak mengunakkan blok bersize A1. jika bendera bersize 6 kaki x 3 kaki , size logo kebiasaanya bersize A1 dan bendera yang lebih kecil seperti size 3 x 1 atau 4 x 1.5 1 blok size A1 sudah cukup sesuai untuk di gunakkan  bagi kerja mencetak bendera ini.

 

bagi memudahkan kerja-kerja jahitan selepas print dan mengikut size ukuran sebenar bendera , kerja-kerja memotong bendera mengikut size lebar nye perlu di lakukan dahulu. ini bagi memudahkan kerja tukang jahit untuk membuat jahitan pada keliling bendera dan membuat lubang untuk kayu serta tali pengikat mengikut spesifikasi bendera yang di perlukan oleh pelanggan.

kerja-kerja memotong sedang dilakukan, ia bergantung atas kreativiti , samada potong dahulu bendera atau potong kemudian apabila selesai proses printing di jalankan. 

 

 

Setelah selesai proses pemotongan bendera dilakukan , proses pengeringan akan menyusul . ini bagi memastikan dye di keringkan terlebih dahulu agar ia tidak mengangu proses jahit bendera atau mengotorkan bendera.

 

 

Bendera akan di keringkan sehingga betul-betul kering , bagi print area yang besar serta mengunakkan dye yang banyak sudah tentu proses pengeringan akan memakan masa dan ia tidak boleh di hantar pada bahagaian jahitan selagi belum betul-betul kering. 
 
Untuk pengetahuan , bendera sekarang boleh di print mengunakkan 2 kaedah 1 digital print dan 1 lagi silkscreen print. bagi kaedah digital material kain yang di gunakkan berbeza dan agak lebih licin berbanding cotton , harga nya pula sedikit mahal jika di bandingkan dengan silkscreen. 
 
Harga yang kami tawarkan bagi Digital printing untuk bendera adalah bermula dari RM 1.90 / sekaki warna bendera dan size print area unlimited. kerana ia mengunakkan mesin untuk print. Bagi harga silkscreen printing pula ia agak murah sedikit dan mengikut berapa warna yang digunakkan serta quantiti bendera tersebut , harga bermula dari RM 20.00 / sehelai.
 
Bagi keterangan lanjut serta mempunyai sebarang pertanyaan , Sila hubungi kami di talian 017-627 3066 / 012-378 3066 / 09-572 9496. 
 
Follow page FB kami : Saudagar Printing Malaysia
 
A157 , Ground Floor ,
Jalan Paya Tiga ,
25200 Kuantan 
Pahang , Malaysia.
 
Info : Kilang kami jahit / printing / sulam beroperasi di kuantan pahang. 
* Bagi menyokong industri ini serta usahawan printing kami menawarkan harga agen yang berbaloi serta support urgent job. 
* Saudagar Printing Malaysia dimiliki oleh Saudagar Legasi Sdn Bhd dibawah kelolaan Saudagar Printing & Souvenir
 
Boleh Baca Import Produk disini http://directchina.blogspot.my/
Tags: Bendera

5 Comment(s)

Firdaus:
19/07/2016, 02:31:55 AM
Reply

Boleh tak Kalau saya nak tempah 2 sahaja? Berapa kosnya?Firdaus.

Ray-sabah:
12/03/2017, 05:02:26 PM
Reply

Sila bagi quotation bagi setiap keping, cetak bendera size 3x6kaki atau size standard ,tempahan mencecah 20,000.00 Saya perlu harga serendah rendahnya.. kalau boleh rm2.50 sekeping dn pm saya diwhatsap 0105086353

azhka global printing:
02/05/2017, 03:48:56 AM
Reply

asalamualaikum tuan.. mahu tahu harga bendera 6x3 .. bendera pilihan raya bersatu 6'x3' 500 pcs

muaz:
15/06/2017, 11:24:16 AM
Reply

berapa harga untuk digital printing /

Nora:
26/06/2018, 11:24:30 PM
Reply

Nk tahu harga bendera malaysia dan kedah saiz 20 x 10 setiap sehelai sahaja

Write a Comment