SERBA SEDIKIT TENTANG PHOTO EMULSION YANG PERLU ANDA TAHU

27/12/2016 0 Comment(s) Silkscreen,

SERBA SEDIKIT TENTANG PHOTO EMULSION YANG PERLU ANDA TAHU

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan percetakkan t-shirt, photo emulsion pasti ada dalam simpanan masing-masing. Ia merupakan salah satu bahan terpenting dalam percetakkan silk screen. Jika ini kali pertama anda mendengar tentang produk ini, entri kali ini akan menceritakan tentang ringkas kegunaan photo emulsion dalam pencetakan silk screen.

Photo emulsion merupakan sejenis bahan kimia berbentuk cecair. Ia mempunyai pelbagai warna seperti biru, pink, ungu dan banyak lagi. Jika photo emulsion dicampurkan dengan sensertizer, warnanya akan berubah mengikut jenis photo emulsion tersebut. Terdapat 3 jenis photo emulsion iaitu photo emulsion bancuhan untuk setiap kali guna, photo emulsion sekali bancuhan, dan photo emulsion terus guna tanpa bancuhan.

.

Dalam percetakan silkscreen, photo emulsion akan digunakan bersama dua bahan lain iaitu sensertizer dan juga hardeners. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Sensertizer berfungsi sebagai pelengkap kepada photo emulsion. Manakala hardeners pula, membantu imej cetakan tahan lebih lama serta menutup mana-mana silkscreen yang tidak terkena photo emulsion tadi.

.

Sebelum digunakan Photo emulsion ini akan dicampurkan dengan sensertizer dengan nisbah tertentu iaitu 10:1. Nak mudah, suku daripada 1kg photo emulsion dicampurkan dengan 3-5 titik sensertizer. Untuk mengaktifkan cecair ini, anda hanya perlu goncang atau gaulkan sahaja sehingga sebati. Lalu biarkan sahaja selama 10- 15 minit. Disebabkan photo emulsion sangat sensitive, elakkannya daripada terkena cahaya.

.

Hardeners pula ialah cecair kimia yang akan membantu mengikat molekul di dalam resin sehingga membentuk lapisan yang kuat dan padat. Ia akan disapu pada kain silksceen setelah proses exposes image oleh photo emulsion tadi selesai. Ini bagi membantu imej tahan lebih lama.

Jika anda ingin belajar atau ingin menjalankan perniagaan cetakan baju, cecair photo emulsion ini sangat penting untuk anda. Harga untuk sebotol photo emulsion juga tidak begitu mahal. Saudagar2u menawarkan harga yang berpatutan untuk anda. Anda boleh ke link saudagar2u untuk mendapatkan tawaran hebat bahan-bahan serta peralatan printing pada harga yang berpatutan.

SAUDAGAR PRINTING MALAYSIA®

TRUST | AFFORDABLE | QUALITY

Saudagar Legasi Sdn Bhd (1132432-T)

A-157, Ground Floor,

Jalan Paya Tiga,

25200 Kuantan, Pahang

09-5729496

Tags: silkscreen

Write a Comment