SERBA SEDIKIT TENTANG MPC DAN 5S

23/12/2016 0 Comment(s)

SERBA SEDIKIT TENTANG MPC DAN 5S

 

 

 

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) merupakan sebuah badan yang ditubuhkan pada tahun 1962. Dahulunya badan ini dikenali dengan nama Perbadanan Produktiviti Kebangsaan. Badan ini ditubuhkan untuk mewujudkan pakar-pakar dalam bidang produktiviti, kualiti, pengurusan dan keusahawanan. Salah satu tanggungjawab MPC ialah memberikan pensijilan kepada agensi yang mengamalkan 5S.

 

 

 

 

Anda pasti pernah mendengar tentang 5S bukan? Ia merupakan satu sistem yang ditiru dari negara Jepun. 5S merupakan satu alat panduan dalam usaha mewujudkan sebuah persekitaran tempat kerja yang selesa dan selamat. Konsep Amalan 5S ini juga turut menjadi piawaan dalam memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan di dalam organisasi tersebut.

 

 

Konsep ini memberi penumpuan terhadap 5 langkah utama pengurusan kebersihan yang lebih sistematik iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan juga Shitsuke. Dalam bahasa melayu ia dikenali sebagai Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Program ini memerlukan penyertaan secara menyeluruh semua pihak di dalam organisasi. Konsep ini sangat berkesan sekiranya dilaksanakan dengan betul dan berterusan.

 

 

Jika konsep ini berjaya, persekitaran tempat kerja bukan sahaja menjadi lebih bersih, selamat dan berkualiti, tetapi ia juga dapat memotivasikan pekerja serta meningkatkan produktiviti. Disebabkan konsep amalan 5S ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam organisasi tersebut, semangat kerja berpasukan dapat diterapkan dengan lebih mudah. Ia juga dapat mendisiplinkan para staf. Mereka juga berpeluang menyumbangkan idea kreatif dan inovatif supaya pasukan mereka mencapai standar 5S yang dimahukan itu.

 

 

Terdapat beberapa sebab mengapa konsep amalan 5S ini sering dijadikan garis panduan oleh semua organisasi tak kiralah kerajaan mahupun swasta. Salah satu sebabnya adalah kerana ia mudah dilaksanakan oleh semua organisasi/syarikat kecil, sederhana mahupun syarikat besar. Ia juga sesuai digunakan dalam pelbagai sector seperti pengilangan, perkhidmatan dan juga individu.

 

 

 

 

Konsep Amalan 5S merupakan satu konsep amalan yang memberi pelbagai manafaat kepada organisasi sekaligus kepada negara. Ia satu konsep yang mudah difahami. Dengan mendengar Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal, kita sudah boleh mengagak apa yang perlu dilakukan. Dengan adanya sistem pensijilan 5S oleh MPC, ia dapat memberi motivasi kepada pengurusan organisasi untuk mendapatkan persekitaran kerja yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga selamat dan bersih.

 

 

 

 

 

SAUDAGAR PRINTING MALAYSIA®

 

 

TRUST | AFFORDABLE | QUALITY

 

Saudagar Legasi Sdn Bhd (1132432-T)

 

A-157, Ground Floor,

 

Jalan Paya Tiga,

 

25200 Kuantan, Pahang

 

09-5729496

 

Write a Comment