PANDUAN MENDAFTAR DENGAN LHDN BAGI PENIAGA ENTERPRISE

12/10/2016 5 Comment(s) Ilmu Bisnes,

PANDUAN MENDAFTAR DENGAN LHDN BAGI PENIAGA ENTERPRISE

 

 

 

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, anda haruslah mendaftarkan diri untuk untuk membayar cukai. Namun, kami percaya masih ada lagi beberapa pihak diluar sana yang tidak mendaftarkan diri mereka dengan pihak LHDN kerana masih kurang pengetahuan tentang pendaftaran melalui atas talian. Disini kami ingin memberikan panduan kepada para peniaga Enterprise yang ingin mendaftar secara online.

 

 

 

 

Sebelum pergi lebih jauh lagi, eloklah sekiranya anda mengetahui dahulu, siapakah yang perlu untuk mendaftarkan income tax mereka? Ini kerana bukan semua orang wajib untuk membayar cukai pendapatan ini. Golongan pertama ialah individu yang memperoleh pendapatan. Kedua, mereka yang menjalankan perniagaan tidak kiralah perniagaan secara online ataupun offline. Dan ketiga, syarikat yang baru memulakan perniagaan.

 

 

Untuk proses pendaftaran dengan LHDN, ada dua dokumen penting yang diperlukan. Yang pertama ialah kad pengenalan. Jika anda seorang tentera atau polis, gunakan kad khas anda itu. Bagi rakyat asing pula, gunakan passport sah milik anda. Yang kedua pula ialah sijil pendaftaran perniagaan (SSM). Untuk setiap permohanan baru, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui edaftar.

 

 

 

 

 

Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat nombor rujukan fail cukai dari pihak LHDN. Seterusnya, jika anda hendak membuat e-filling, anda boleh request nombor pin untuk e-filling melalui telefon, fax, surat atau pun anda boleh pergi terus ke kaunter LHDN yang berhampiran. Pilih sahaja kaedah yang senang untuk anda.

 

 

 

 

Seperti biasa bagi yang pertama kali mengisi borang e-filling, anda perlu ke pautan e.hasil.gov.my . Kemudian isi nombor kad pengenalan anda dan juga nombor pin yang telah anda perolehi tadi. Setelah itu, klik e-borang. Pada pautan berikutnya, klik e-B dan pilih tahun taksiran. Isikan maklumat dengan lengkap semua maklumat yang diperlukan. Jangan ada yang tertinggal pula nanti.

 

 

Senangkan? Sebenarnya nak mendaftar dengan pihak LHDN secara online ini tidaklah begitu complicated seperti yang dibayangkan. Klik…Klik…Klik… isi, hantar, siap. Cuma bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan, mungkin sedikit keliru dalam menyediakan akaun untung rugi. Tapi anda tidak perlu risau, terdapat pihak-pihak yang menyediakan perkhidmatan untuk membantu anda dalam urusan ini. Jadi bagi mereka yang masih belum mendaftar, segeralah lakukannya sebelum pihak LHDN mencari anda pula nanti.

 

 

 

 

 

 

 

SAUDAGAR PRINTING MALAYSIA®

 

 

TRUST | AFFORDABLE | QUALITY

 

Saudagar Legasi Sdn Bhd (1132432-T)

 

A-157, Ground Floor,

 

Jalan Paya Tiga,

 

25200 Kuantan, Pahang

 

09-5729496

 

5 Comment(s)

haziqah:
17/06/2019, 08:40:34 AM
Reply

Untuk mendaftar enterprise di laman web edaftar, ia perlu daftar dalam kategori syarikat atau perkongsian?

admin:
05/08/2019, 01:44:26 PM

enterprise = pendaftaran perniagaan sdn bhd / bhd = syarikatenterprise ada perkongsian sdn bhd / bhd ada pemegang saham / director

Zafirah:
23/03/2020, 04:07:45 AM
Reply

untuk mendaftar syarikat dokumen ape yg perlu ada???

Melvin:
29/03/2020, 01:15:28 PM
Reply

Salam Sejahtera. Saya pemilik tunggal perniagaan(sole proprietorship). Untuk mendaftar di laman web edaftar, saya perlu daftar dalam kategori syarikat atau individu? Sekian, terima kasih.

aizad:
16/04/2020, 02:28:46 AM
Reply

salam .. untuk perniagaan entreprise yg ada dua nama perlu daftar individu ke ? perkongsian?

aizad:
16/04/2020, 02:28:46 AM
Reply

salam .. untuk perniagaan entreprise yg ada dua nama perlu daftar individu ke ? perkongsian?

Write a Comment