KENAPA PENSIJILAN PERLU BAGI SESEBUAH ORGANISASI PERNIAGAAN?

27/04/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

KENAPA PENSIJILAN PERLU BAGI SESEBUAH ORGANISASI PERNIAGAAN?

 

 

 

Kita selalu mendengar ataupun membaca didalam akhbar mahupun majalah tentang sesebuah jabatan atau organisasi dianugerahkan sijil GMP, ISO, IMP dan sebagainya. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sesebuah organisasi ataupun perniagaan itu amat berbangga apabila menerima pengesahan sijil-sijil ini. Apakah kepentingan sijil ini kepada mereka? Kenapa pengesahan ini sangat penting?

 

 

 

 

Sijil yang terletak elok di dinding oraganisasi dapat memberikan gambaran positif kepada mereka yang melihatnya. Bagaimana? Pensijilan dapat memberi gambaran bahawa organisasi anda itu mempunyai pengurusan yang berkualiti serta boleh dipercayai serta barangan atau produk yang dihasilkan akan memuaskan hati pengguna. Ini sekaligus dapat memberi imej yang positif terhadap organisasi atau perniagaan tersebut.

 

 

Memohon pengiktirafan sijil juga akan memberikan anda untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam menguruskan perniagaan atau organisasi anda itu. Anda akan mendapat memperoleh skil-skil baru yang berguna untuk perniagaan anda nanti. Ini kerana dalam proses untuk mendapatkan sesuatu pengiktirafan sijil itu, anda akan turut diberikan ilmu tentang bagaimana untuk menguruskan organisasi serta cara untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

 

 

Selain itu, pengesahan sijil ini akan memastikan anda kekal kompetitif untuk terus bersaing. Bagaimana? Seperti yang telah dikatakan diatas, syarikat yang mempunyai sijil pengesahan dari mana-mana badan kerajaan akan lebih dipercayai pengguna berbanding dengan pesaing yang tidak memiliki sijil tersebut. Melalui teknik yang telah ditunjuk ajar sebelum ini, syarikat akan memiliki standard pengurusan, produk serta perkhidmatan yang setanding dengan produk antarabangsa. Ini sekaligus dapat memudahkan perniagaan tersebut dikembangkan lagi ke peringkat global.

 

 

 

 

Bila semuanya berjaya dilakukan dengan betul iaitu mengikut standard yang telah ditetapkan, anda juga pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut yang berbeza. Maksudnya, pandangan anda akan menjadi lebih luas dan anda menjadi lebih kreatif dalam membuat sebarang keputusan. Sekiranya anda menerima pengiktirafan ini, anda juga pasti akan lebih semangat untuk memajukan syarikat anda nanti. Pemimpin yang kreatif pasti akan memberikan lebih banyak lagi keuntungan kepada syarikat bukan?

 

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi faedah yang boleh diperoleh hasil daripada pengiktirafan sijil ini. Jika tidak, sudah tentu organisasi kerajaan serta bukan kerajaan tidak bersusah payah untuk mendapatkan sijil tersebut.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment