KENAPA ISO 9001 BAGUS UNTUK PERNIAGAAN ANDA?

26/04/2017 1 Comment(s) Ilmu Bisnes,

KENAPA ISO 9001 BAGUS UNTUK PERNIAGAAN ANDA?

 

 

 

Walaupun mungkin ramai yang tidak begitu tahu mengenai apa itu ISO, tetapi sekiranya ternampak mana-mana laporan tentang syarikat atau orgaisasi menerima pengesahan ISO, pasti yang bermain diminda mereka produk atau perkhidmatan yang diberikan syarikat tersebut adalah berkualiti. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan pula, sijil ISO memberikan beberapa manfaat yang sukar ditolak.

 

 

 

 

Antaranya adalah, ia dapat meningkatkan kredibiliti serta imej sesebuah perniagaan itu. Disebabkan ISO merupakan satu standard pengurusan kualiti yang diguna pakai secara meluas diperingkat antarabangsa, ia telah menetapkan syarat kelayakan khusus untuk mendapatkan sijil tersebut. Jika anda berjaya mendapatkan sijil ISO, ia akan menunjukkan yang perkhidmatan serta produk yang anda jalankan itu setaraf dengan produk antarabangsa.

 

 

Percaya atau tidak, pengiktirafan ISO juga dapat meningkatkan tahap kepuasan pengguna terhadap produk anda itu. Produk yang berkualiti bermaksud produk tersebut memuaskan hati pengguna dari segala segi yang dimahukan mereka. Produk yang berkualiti juga pasti kurang mendapat kritikan daripada pengguna. Sebagai seorang pengusaha produk, anda pasti tak akan suka sekiranya produk anda itu mendapat kritikan daripada penggunakan? Hal ini dapat dielakkan sekiranya anda mendapat pengiktirafan ISO.

 

 

ISO juga dapat membantu anda untuk membangunkan profesionalisme dalam perniagaan anda. Pelaksanaan ISO akan memacu kebolehan pekerja ke tahap yang lebih tinggi. Perlaksaannya ini akan memberikan para pekerja satu garis panduan khusus yang jelas dalam melakukan tugasan. Ini kerana dalam aspek pengurusan pun, ISO mempunyai standard yang tersendiri yang harus diguna pakai. Jadi setiap tugasan itu dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur.

 

 

Yang paling penting sekali, sistem ISO dapat membantu anda untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembaziran dan menjimatkan kos. Kesemua tiga aspek ini saling berkait. Jika setiap tugasan itu dapat dilaksanakan dengan cekap oleh para pekerja, kesilapan tentunya dapat dielakkan. Ini akan mengurangkan masalah pembaziran dari segi masa, tenaga dan sebagainya. Seterusnya kos pengurusan dapat dijimatkan.

 

 

 

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi keistimewaan ISO kepada para pengusaha perniagaan. Mereka yang dapat meneroka lebih banyak lagi peluang perniagaan tidak kiralah dinegara ini ataupun diperingkat antarabangsa. Sistem pengurusaan dan pengeluaran yang efektif dapat mengekalkan perniagaan tersebut dalam jangka masa yang lama.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

1 Comment(s)

Norian binti abdlatif:
14/03/2020, 03:36:26 AM
Reply

Bagaimana kah cara memohon sijil iso untuk mengambil pekerja asing

Write a Comment