KELEBIHAN PENGURUSAN LEAN YANG PERLU ANDA TAHU

21/04/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

KELEBIHAN PENGURUSAN LEAN YANG PERLU ANDA TAHU

 

 

 

Sistem pengurusan lean mula dipelopori oleh syarikat perindustrian di negara matahari terbit. Sistem pengurusan yang mula dilaksanakan selepas Perang Dunia ini telah terbukti berjaya dalam mengurangkan kos pengurusan tetapi pada masa yang sama masih lagi dapat mengekalkan kualiti. Antara syarikat terkenal yang mula-mula menggunakan kaedah pengurusan ini adalah syarikat Toyota. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya anda melaksanakan sistem ini dalam syarikat anda.

 

 

 

 

Antaranya adalah peningkatan kualiti. Dalam setiap bidang perniagaan, kualiti pastilah perkara pertama yang dititik beratkan. Produk atau perkhidmatan yang berkualiti pastilah akan menerima permintaan yang tinggi daripada pengguna. Sistem pengurusan ini sekiranya dilaksanakan dengan betul pasti akan dapat membantu anda untuk meningkatkan lagi kualiti produk seperti kehendak pelanggan. Ini kerana proses semakan akan dilakukan dari peringkat awal lagi.

 

 

Ia juga dapat membantu untuk meningkatkan lagi kecekapan pengurusan serta pengeluaran. Ini kerana setiap tugasan dilakukan dengan seragam mengikut satu kaedah sama seperti yang telah ditetapkan. Ini bermaksud tugasan itu akan dilakukan secara berulang-ulang. Bila dilakukan secara berulang-ulang, staf pasti akan lebih cekap serta tahu apa yang perlu dilakukan. Sekiranya terdapat sebarang masalah, ianya akan dapat diatasi dari peringkat awal lagi.

 

 

Satu lagi kelebihan lean adalah ia dapat mengurangkan tenaga kerja. Dengan kaedah kerja yang sistematik dan juga kecekapan yang semakin meningkat, tenaga kerja yang diperlukan bagi melaksanakan sesuatu proses itu dapat dikurangkan. Ini bukanlah bermaksud anda perlu memecat ramai pekerja. Konsep pengurusan lean ini lebih kepada mengurangkan beban pekerja agar produktiviti serta kecekapan dapat ditingkatkan. Bila ini berjaya dilakukan, pekerja akan lebih mahir dalam tugasan mereka. Idea-idea baru juga mungkin akan dapat dihasilkan oleh mereka ini dalam membangunkan lagi syarikat.

 

 

Sistem pengurusan jenis ini juga mudah diuruskan. Arahan serta standard kerja yang seragam membuatkan pekerja tahu apa yang mereka perlu lakukan dan bila mereka perlu melakukannya. Ini akan memudahkan urusan pengurusan dan pentadbiran organisasi walaupun timbulnya masalah. Ini kerana setiap jabatan akan saling membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

 

 

 

Selain itu, ia juga melibatkan penglibatan semua pihak. Penglibatan semua pihaklah yang akan memastikan sistem ini berjaya dilaksanakan. Tidak kiralah anda merupakan pihak atasan atau pun bawahan, anda akan terlibat sama dalam pengurusan lean. Ini akan memberikan membuatkan semua pekerja berasa mereka sebahagian daripada syarikat tersebut. Sekaligus menanam rasa sayang dan setia kepada syarikat. Bila ini berlaku, mereka akan bersama-sama berusaha untuk memajukan syarikat tersebut.

 

 

Banyak lagi keistimewaan mengguna pakai cara pengurusan ini. Jika tidak, sudah tentulah syarikat-syarikat lain tidak berusaha untuk mengkaji dan melaksanakan cara pengurusan yang sama bukan?

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment