BAGAIMANAKAH PROSEDUR PENSIJILAN BLUE RIBBON DILAKUKAN?

21/04/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

BAGAIMANAKAH PROSEDUR PENSIJILAN BLUE RIBBON DILAKUKAN?

 

 

 

Blue Ribbon merupakan salah satu kempen yang mempromosikan gaya hidup sihat iaitu amalan udara yang bersih tanpa pencemaran bahan tembakau iaitu rokok. Sijil Blue Ribbon pula adalah pengiktirafan kepada mana-mana pihak yang melaksanakan inisiatif untuk menjadikan premis mereka bebas daripada bahaya rokok. Seperti juga pengiktirafan lain, sijil Blue Ribbon akan diberikan kepada premis setelah beberapa prosedur dilaksanakan.

 

 

 

 

Untuk mendapatkan sijil ini, anda harus terlebih dahulu memuat turun borang permohonan di www.blueribbon.org.my. Setelah itu, anda perlu menghantar borang yang telah diisi ini kepada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat). Sediakan juga satu salinan dan hantar ke Jabatan Kesihatan Negeri di mana terletaknya premis anda itu. Kemudian pihak MySihat akan memproses borang permohonan tersebut.

 

 

Jika borang permohonan anda itu lengkap, MySihat akan melantik satu Pasukan Audit Blue Ribbon untuk melakukan audit di premis anda itu. Sekiranya mereka mendapati premis anda itu menepati kesemua criteria pensijilan yang telah ditetapkan, anda akan menerima pengiktirafan pensijilan Blue Ribbon. Adakah ia terhenti di situ sahaja? Tidak. Pemantauan akan tetap dilakukan setiap 2 tahun.

 

 

Bolehkah sijil ini ditarik balik? Jawapannya, ya. Sijil anda boleh digantung ataupun ditarik balik sekiranya premis anda di dapati melanggar kriteria yang telah ditetapkan. Namun anda tidak perlu risau, mereka akan mengembalikan sijil tersebut sekiranya pihak audit berpuas hati dengan penambahbaikan yang anda lakukan.

 

 

Pasti anda ingin tahu apakah kriteria yang diambil kira dalam pemberian sijil Blue Ribbon kan? Antara criteria yang wajib dipatuhi sekiranya anda ingin mendapatkan sijil Blue Ribbon adalah, premis anda itu tidak menjual rokok atau hasil tembakau atau apa jua produk yang berkaitan dengan jenama atau pengilang rokok, mempamerkan tanda larangan merokok di kawasan premis,tidak memasang poster-poster atau iklan yang mempromosi bahan tembakau itu dan sebagainya.

 

 

 

 

Tanggungjawab social merupakan salah satu perkara yang semakin diberikan perhatian dalam bidang perniagaan. Ada yang menjalankan tanggungjawab social mereka dengan memberikan derma, melakukan kerja amal lain seperti gotong-royong dan sebagainya. Anda mungkin boleh menjalankan tanggungjawab sosial anda dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan melindungi para pekerja anda serta orang awam daripada asap rokok yang membahayakan itu. Pensijilan Blue Ribbon merupakan antara usaha terbaik yang anda boleh lakukan.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment