BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN LEAN?

18/04/2017 0 Comment(s)

BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN SISTEM PENGURUSAN LEAN?

 

 

 

Boleh dikatakan hampir kesemua pengurus di dunia ini ingin melaksanakan satu sistem pengursan yang sistematik dan teratur dalam organisasi mereka. Satu sistem yang mampu meningkatkan tahap produktiviti tetapi pada masa yang sama mampu menjimatkan kos. Tetapi untuk memperkenalkan sesuatu sistem pengurusan baru dalam organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlulah membuat persediaan terlebih dahulu.

 

 

 

 

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memahami konsep dalam sistem pengurusan lean. Pengurusan lean boleh dipelajari apabila anda cuba melihat dan mempraktikkannya sendiri. Sebagai seorang ketua, anda boleh pergi terus ke tempat kerja atau workplace itu sendiri untuk melihat keadaan di sana. Anda boleh berkomunikasi secara terus dengan staf-staf anda ini dan mencabar mereka untuk mengaplikasikan sistem baru ini. Beri juga kata-kata penghargaan dan semangat atas usaha mereka itu.

 

 

Anda juga harus menyediakan satu sistem atau rancangan lain untuk menyokong sistem pengurusan baru ini dalam organisasi. Anda juga harus bertanyakan soalan ini. Adakah sebarang perubahan yang berlaku adalah secara rawak? Atau ia memang satu perubahan yang positif kepada syarikat? Persoalan ini akan terjawab dengan lawatan atau pemantauan secara berterusan di semua jabatan ataupun unit dalam syarikat anda itu.

 

 

Apa yang paling penting adalah anda memerlukan komitmen yang tinggi. Ini kerana bukan mudah untuk mengubah pendekatan pengurusan yang telah digunakan sekian lama dalam organisasi sebelum ini. Ia memerlukan satu tempoh masa yang mungkin juga agak lama bergantung kepada kecekapan pengurus atau ketua jabatan masing-masing.

 

 

 

 

Pengurus lean sendiri boleh mempelajari pelbagai perkara baru seperti bagaimana untuk menggalakkan lebih kerjasama diantara para pekerja bawahan dengan orang atasan mereka. Kesemua perkara ini pastinya akan meningkatkan lagi kecekapan serta produktiviti syarikat. Sekaligus akan meningkatkan lagi tahap kreativiti kesemua staf dalam syarikat.

 

 

Jadi jika anda ingin melaksanakan kaedah pengurusan lean dalam syarikat atau organisasi anda, anda haruslah melakukan persiapan yang secukupnya. Berikan satu penerangan yang tepat kepada para ketua jabatan dan juga ketua unit agar mereka dapat melaksanakan sistem baru ini dengan baik dan cekap.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment