BAGAIMANA UNTUK BERJAYA DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP PENGURUSAN LEAN?

11/04/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

BAGAIMANA UNTUK BERJAYA DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP PENGURUSAN LEAN?

 

 

 

Dalam pelaksanaan apa-apa konsep pengurusan, yang paling penting adalah teknik ataupun strategi. Ini kerana tanpa teknik yang betul, sistem pengurusan sebaik mana pun tak akan dapat membantu anda untuk mencapai kejayaan seperti yang anda idam-idamkan. Berikut merupakan beberapa idea untuk memastikan pengurusan lean anda berjaya.

 

 

 

 

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan memastikan semua pekerja anda diberikan latihan serta tunjuk ajar yang secukupnya. Ini untuk mengelakkan sebarang konflik dalam pengurusan organisasi. Anda perlu memberi peluang kepada mereka untuk melakukan dahulu tugasan tersebut kemudian barulah belajar atau melakukan latihan. Macam mana tu? Maksudnya seperti memberi peluang kepada pekerja untuk melakukan task tersebut seperti biasa kemudian barulah memberi teguran atau tunjuk ajar sekiranya terdapat sebarang masalah atau kesilapan.

 

 

Selain itu, anda mungkin boleh mengadakan bengkel sebagai persediaan sebelum melaksanakan sistem ini. Belanjakan sedikit wang untuk mengambil fasilitator yang memang berpengalaman serta pakai dalam pelaksanaan sistem lean. Cuba fokus terhadap masalah tertentu yang sering dihadapi dalam syarikat anda. Ini akan membantu para pekerja untuk mendapat gambaran apa yang harus mereka lakukan jika berlaku masalah tersebut.

 

 

Komunikasi juga penting. Dapatkan juga feedback daripada para pekerja. Ini bagi memastikan kelancaran sistem pengurusan lean. Feedback yang diberikan ini penting bagi melihat sekiranya terdapat sebarang masalah dalam pelaksanaanya. Melalui feedback ini juga, anda mungkin akan mendapat idea-idea baru yang boleh digunakan untuk menambah baik lagi sistem yang sedia ada.

 

 

Anda juga perlu menjadikannya sebagai mandatori. Maksudnya suatu yang harus dan mesti dilaksanakan oleh semua pihak tanpa mengira tingkat pengurusan. Jangan biarkan pekerja menganggap ini hanya sementara. Mereka hanya perlu melakukannya bila perlu. Atau tak wajib pun melakukan tugasan mengikut standard yang ditetapkan. Perkara ini akan mengakibatkan anda gagal. Jadi pemantauan yang berterusan amatlah penting.

 

 

Seterusnya, sebagai pemimpin anda perlu kekal fokus. Dalam melaksanakan sistem lean pada peringkat awal, mungkin akan berlaku sedikit krisis ataupun konflik dalam organisasi. Tetapi krisis ini pastinya akan dapat diatasi. Amat penting untuk anda sebagai pemimpin untuk sentiasa fokus bagi memastikan pelaksanaan sistem ini berterusan bagi mendapatkan kesan positif untuk jangka masa panjang.

 

 

 

 

Terdapat banyak lagi perkara yang perlu anda ambil tahu dan titik beratkan supaya imlimentasi ini berjaya. Anda juga mungkin boleh mendapatkan nasihat daripada mereka yang berpengalaman dalam melaksanakan sistem lean. Untuk peringkat awal, mungkin agak susah sedikit untuk anda dan juga para pekerja menyesuaikan diri dengan idea pengurusan ini. Tetapi ia amat bermanfaat untuk jangka masa panjang.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment