BAGAIMANA MITI DAPAT MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTERA?

22/12/2016 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

BAGAIMANA MITI DAPAT MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTERA?

 

 

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau singkatannya MITI merupakan salah satu kementerian dalam kerajaan Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan bertanggungjawab dalam menyelia segala aktiviti perdagangan Malaysia diperingkat antarabangsa. Kementerian ini telah banyak membantu para usahawan dinegara ini dengan mencari peluang perdagangan dua hala dengan negara luar. Jika anda merupakan seorang usahawan yang berdaya saing, MITI menyediakan pelbagai peluang untuk membantu anda mengembangkan potensi diri dan perniagaan.

 

 

 

 

Antaranya ialah dengan mengadakan program-program keusahawanan seperti khidmat nasihat, seminar, kursus keusahawanan dan sebagainya. Jadi anda boleh mengambil peluang ini untuk memahirkan lagi diri anda sebagai usahawan yang competitif di peringkat antarabangsa. Lagipun arena perniagaan antarabangsa pastinya berbeza dengan arena perniagaan dinegara sendiri bukan? Jadi memang wajar jika anda menambah lebih lagi ilmu sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran tersebut.

 

 

MITI turut menjadi platform bagi para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi meluaskan pasaran mereka merentasi sempadan. Misalnya program Groom Big. Ia membantu usahawan dalam usaha meningkatkan kualiti produk mereka supaya setanding dengan produk dari luar. Program ini memberi penekanan kepada 3 aspek utama iaitu pembangunan produk, membina keupayaan usahawan dalam menguruskan perniagaan dan juga program pemasaran dan promosi.

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi bantuan serta servis yang disediakan MITI kepada para usahawan. Bagi anda yang mungkin berminat untuk mengimport ataupun mengeksport produk, anda bolehlah ke laman web rasmi MITI iaitu www.miti.gov.my Dalam web ini terdapat pelbagai maklumat mengenai segala aktiviti promosi, insentif serta borang-borang yang mungkin anda perlukan dalam perniagaan antarabangsa ini.

 

 

 

 

 

SAUDAGAR PRINTING MALAYSIA®

 

 

TRUST | AFFORDABLE | QUALITY

 

Saudagar Legasi Sdn Bhd (1132432-T)

 

A-157, Ground Floor,

 

Jalan Paya Tiga,

 

25200 Kuantan, Pahang

 

09-5729496

 

Write a Comment