BAGAIMANA ISO DAPAT MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA UNTUK LEBIH BERDAYA SAING

31/03/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

BAGAIMANA ISO DAPAT MEMBANTU PERNIAGAAN ANDA UNTUK LEBIH BERDAYA SAING?

 

 

 

Pelaksanaan ISO dapat membantu sesebuah perniagaan itu berkembang dengan lebih pesat. Sistem ini juga telah terbukti berjaya dalam meningkatkan kecekapan serta menjadikan sesebuah perniagaan atau organisasi itu lebih berdaya saing.

 

 

 

 

Salah satu langkah paling penting sebelum anda melaksanakan ISO 9001 adalah dengan mengenal pasti dan menentukan proses utama yang dijalankan dalam organisasi. Jika anda dapat mengenal pasti semua ini, ia akan memudahkan anda untuk lebih fokus lagi terhadap apa yang anda perlu lakukan dalam pengurusan syarikat.

 

 

ISO ini hanya akan memudahkan lagi cara anda untuk lebih fokus dalam segala aspek pengurusan ini. Dengan cara kerja serta pengurusannya yang lebih sistematik, semua tugasan dalam perniagaan anda dapat dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Bagaimana?

 

 

Pelaksanaan ISO akan membantu anda untuk mencipta perancangan atau pun pelan yang lebih mudah dalam setiap proses pengurusan awal sehinggalah kepada proses pengeluaran. Setelah pelan ini dirancang atau dikenal pasti, tugasan tersebut akan dilakukan mengikut pelan yang telah disediakan tadi.

 

 

Bila dah buat tugasan mengikut pelan yang telah disediakan itu, anda boleh menyemak setiap step tersebut. Adakah ianya berkesan? Adakah ianya membantu? Atau perlukah anda melakukan perlukah anda melakukan sedikit perubahan? Semua ini dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada anda dalam menguruskan perniagaan anda itu. Pengalaman ini juga boleh dijadikan rujukan sekiranya anda ingin melakukan sebarang penambahbaikan atau pembaharuan dalam perniagaan anda nanti.

 

 

 

 

Setelah anda mendapat kesemua pengalaman berharga ini, anda akan mudah untuk beradaptasi dengan sebarang perubahan dalam bidang perniagaan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam ekonomi setempat mahupun antarabangsa, anda masih tahu bagaimana cara untuk terus bertahan dengan situasi tersebut.

 

 

Sistem ISO ini juga dapat membantu anda untuk lebih berani dalam mengambil sebarang peluang. Kenapa? Kerana sistem ini lebih teratur dan kemas. Jadi ia akan mengurangkan masalah kesilapan dalam setiap proses dalam syarikat anda nanti.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment