APAKAH PERKARA YANG SERING DISALAH ANGGAP TENTANG SISTEM PENGURUSAN LEAN?

15/06/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

APAKAH PERKARA YANG SERING DISALAH ANGGAP TENTANG SISTEM PENGURUSAN LEAN?

 

 

 

Menjadi satu sistem yang sering digunakan dalam pelbagai organisasi didunia, sistem pengurusan lean tidak terlepas daripada mendapat pelbagai salah tanggapan. Mungkin disebabkan itu masih ramai lagi pengurus diluar sana yang ragu-ragu untuk melaksanakan sistem ini di dalam organisasi mereka. Salah tanggapan ini berlaku jika seseorang itu tidak benar-benar memahami sistem pengurusan ini.

 

 

 

 

Salah tanggapan pertama yang sering bermain diminda para pengurus adalah sistem ini Cuma berkisar tentang pembuatan sahaja. Memang benar, sistem pengurusan ini asalnya digunakan dalam industri pembuatan, tetapi tidak bermakna yang ia tidak boleh diadaptasikan dengan bidang lain. Lagipun pembaziran bukan sahaja menjadi masalah didalam industri pembuatan sahajakan? Anda boleh sahaja menyesuaikan konsep lean dengan jenis organisasi yang anda usahakan itu.

 

 

Selain itu, ada juga yang beranggapan yang konsep lean ini cuma untuk jangka masa pendek. Sebenarnya anggapan ini salah. Sistem pengurusan lean akan dapat memberikan keuntungan yang amat besar terhadap organisasi anda dalam jangka masa panjang. Buktinya dalam dilihat dengan kejayaan syarikat Toyota yang masih lagi kukuh sehingga ke hari ini. Apa yang paling penting adalah kesabaran serta komitmen yang tinggi.

 

 

Pelaksanaan sistem pengurusan lean juga sering dianggap akan memberikan beban kerja yang lebih banyak kepada pekerja. Sebaliknya sistem pengurusan ini akan mengurangkan lagi beban kerja mereka disamping menjadikan mereka lebih produktif. Cumanya mungkin diperingkat awal para pekerja akan mempunyai sedikit kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kaedah baru. Itu sahaja. Sekiranya mereka dapat memahaminya, kerja mereka akan menjadi lebih mudah dan cepat untuk disiapkan kerana disediakan aliran kerja yang teratur serta persekitaran kerja yang bersih dan tersusun memudahkan mereka untuk mencari barang.

 

 

Kesemua salah tanggapan ini harus dibuang dari minda. Konsep sistem pengurusan lean ini tidaklah seteruk yang disangka. Jika tidak, takkanlah syarikat-syarikat di Amerika itu ingin cuba meniru konsep pengurusan yang dibawa dari negara Jepun itu kan?

 

 

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment