APAKAH KONSEP SEBENAR LEAN YANG PERLU ANDA TAHU

29/03/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

APAKAH KONSEP SEBENAR LEAN YANG PERLU ANDA TAHU?

 

 

 

Sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakan mana-mana konsep pengurusan, anda perlulah tahu tentang konsep tersebut. Jadi tidaklah nanti anda berasa keliru serta mempunyai masalah sekiranya berlaku sesuatu semasa proses pengurusan itu cuba dilaksanakan. Berikut merupakan prinsip-prinsip pengurusan lean yang perlu anda tahu.

 

 

 

 

Satu satu prinsip yang paling kritikal dalam pengurusan lean adalah mengelakkan pembaziran. Terdapat 7 jenis pembaziran yang dikenal pasti iaitu pengeluaran berlebihan, pembaziran inventori, pembaziran pengangkutan, pengeluaran yang tidak sempurna, pembaziran masa menunggu, pembaziran tenaga dan juga pembaziran dari segi penambahbaikan yang tidak perlu.

 

 

Pengurusan lean juga menekankan soal peningkatan berterusan yang turut dikenali ssebagai kaizen. Ia merupakan asas penting dalam sistem pengurusan ini. Tanpa peningkatan yang berterusan ini, proses pengurusan anda akan terencat. Anda tidak perlu risau sekiranya hanya berlaku peningkatan kecil. Kadangkala, peningkatan kecil inilah yang akan membawa perubahan yang besar.

 

 

Prinsip seterusnya adalah berkait dengan sumber manusia. Tanpa staf yang komited dan berdedikasi, sesebuah kejayaan itu tak akan dapat dicapai. Pekerja akan lebih berusaha dengan lebih keras lagi sekiranya mereka berasa dihargai dan merasakan diri mereka sebahagian daripada syarikat. Jadi pengurus harus kerap berkomunikasi, mendengar sebarang idea walaupun kecil serta memberi kata-kata penghargaan terhadap semua usaha mereka. Ini akan memudahkan lagi proses implimentasi lean.

 

 

Akhir sekali prinsip yang diberi penekanan dalam konsep pengurusan lean adalah pembinaan kualiti. Kualiti dari segi pembungkusan, kualiti dalam proses pembuatan, kualiti dari segi rekaan dan sebagainya. Untuk menjamin kualiti, proses proofing akan dilakukan. Ini untuk memastikan setiap produk itu bebas daripada kesilapan walaupun kecil. Ini juga akan menjamin standard produk tersebut dimata pengguna. Fokusnya adalah satu iaitu melakukan sesuatu dengan betul pada kali pertama.

 

 

 

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi konsep lean yang penting untuk membangunkan sesuatu jenama itu. Tetapi yang kami fokuskan disini adalah antara yang terpenting yang anda perlu ketahui. Kegagalan anda untuk memahami konsep lean boleh mengakibatkan kegagalan.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment