APA ITU KONSEP JUST IN TIME (JIT)

15/05/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

APA ITU KONSEP JUST IN TIME (JIT)

 

 

 

Jika anda ingin mempraktikkan pengurusan lean dalam organisasi anda, anda mesti mengetahui serba sedikit tentang konsep Just In Time. Just In Time atau pun singkatannya JIT merupakan salah satu cabang daripada konsep pengurusan lean. Seperti yang semua sedia maklum, konsep ini telah dikembangkan oleh syarikat Toyota dari negara Jepun.

 

 

 

 

Mengikut konsep ini, sesebuah syarikat itu hanya akan menghasilkan produk yang diminta (what), mengikut jumlah yang diperlukan (how much) pada saat yang diperlukan (when). Dengan kata yang lebih mudah, segala fasiliti, bahan, tenaga kerja dan sebagainya akan digunakan apabila diperlukan sahaja. Ini sekaligus dapat mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti.

 

 

Dalam pelaksaan konsep JIT, terdapat 4 perkara utama yang harus diberikan perhatian. Yang pertama adalah membuat pengeluaran pada masa yang diperlukan dan mengikut jumlah yang diperlukan. Kedua, memastikan agar produk yang dihasilkan bebas daripada kecacatan. Ketiga, penggunaan tenaga yang lebih fleksibel Maksudnya, jumlah pekerja akan disesuaikan dengan tugasan tersebut. Dan keempat, berfikiran kreatif dan lebih berinovatif.

 

 

Untuk mencapai keempat-empat prinsip tersebut, anda boleh menerapkan sistem dan metod tertentu. Antaranya adalah dengan melaksanakan sistem kanban, sesuaikan masa dan tenaga kerja dengan perubahan pengeluaran produk dan sebagainya.

 

 

 

 

Antara elemen-elemen yang mesti wujud dalam konsep JIT pula adalah pengurangan waktu set up, aliran produksi lancar (layout), pengeluaran tanpa kerosakan mesin, produk yang bebas tanpa kecacatan, sistem kanban dan sebagainya.

 

 

Itu cuma sebahagian sahaja yang dapat kami kongsikan di ruangan yang sempit ini. Diharapkan perkongsian serba ringkas ini dapat membantu anda untuk memahami apa itu konsep Just In Time yang sebenarnya.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment