APA ITU KANBAN?

24/03/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

APA ITU KANBAN?

 

 

 

Kalau membincangkan tentang sistem pengurusan lean, pasti akan ada perkataan kanban. Kanban merupakan salah satu komponen utama dalam sistem pengurusan ini. Sistem kanban inilah yang akan menggerakkan operasi syarikat. Untuk lebih mudah, kanban ini lebih berkisar tentang persoalan bila, di mana dan bagaimana dalam proses pengeluaran produk. Kami akan cuba menerangkan secara ringkas kepada anda. Senang cerita ia seperti manual pengeluaran.

 

 

 

 

Terdapat 2 jenis kanban iaitu production kanban dan move kanban. Production kanban akan memberi isyarat bila untuk membina atau membuat produk. Manakala move kanban (withdrawal kanban) pula memberi isyarat bila untuk memindahkan produk atau material. Senang cerita kedua-dua kanban ini berkait antara satu sama lain. Ia menunjukkan proses pembuatan pembuatan produk.

 

 

Terdapat 3 fungsi utama kanban. Yang pertama dan paling penting sekali adalah sebagai panduan bila untuk melakukan pengeluaran. Dalam sistem lean, tiada produk yang akan dikeluarkan sebelum melalui sistem kanban. Produk itu akan dikeluarkan berdasarkan tempahan atau anggaran tempahan. Jadi tiadalah masalah lebihan stok nanti.

 

 

Fungsi kedua adalah sebagai visual control. Apa itu visual control? Visual control bertindak untuk mengenal pasti apa yang ada dalam setiap kotak. Setiap kotak produk tak kiralah barangan siap, komponen mentah ataupun separa siap haruslah mempunyai kanban. Sekiranya kotak tersebut tidak mempunyai kanban, bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Ini dapat memastikan kualiti setiap produk adalah sempurna.

 

 

 

 

Fungsi ketiga pula adalah kawalan inventori. Apabila anda menggunakan sistem kanban, amat mudah untuk anda mengawal jumlah produk siap. Bilangan kanban di dalam sistem akan ditentukan oleh levelized production. Jadi anda dapat mengurangkan kos yang banyak disini. Tiada sebarang kos yang tidak perlu dikeluarkan. Jadi bermakna tiada pembaziran.

 

 

Untuk berjaya dalam sistem ini, anda perlu memberi latihan yang secukupnya kepada para pekerja supaya mereka dalam melakukan tugasan mereka dengan betul berdassarkan sistem ini. Jangan lupa kepada kepentingan komunikasi. Ini bagi memastikan sebarang masalah dapat diatas dengan segera.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment