APA ITU ISO 50001?

02/05/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

APA ITU ISO 50001?

 

 

 

Pada zaman sekarang, para pemilik organisasi sudah semakin peka terhadap isu alam sekitar. Mereka telah sedar akan kepentingan terhadap penggunaan tenaga yang lebih cekap serta mesra alam. Tetapi terdapat juga para pemilik syarikat atau organisasi ini berminat untuk melaksanakan sistem yang lebih mesra alam ini, cuma tidak tahu caranya sahaja. Untuk itu, permohonan ISO 50001 mungkin merupakan solusi yang terbaik.

 

 

 

 

ISO 50001 ini merupakan Skim Sistem Pengurusan Tenaga. Standard pengurusannya ini telah terbukti untuk kemudahan industri, komersial, dan organisasi dalam menguruskan tenaga. Pengurusan tenaga ini sekiranya dilakukan mengikut struktur yang telah ditetapkan akan dapat mengurangkan kos tenaga dan juga pembebasan gas rumah hijau. Penjimatan kos? Menarik bukan?

 

 

Anda tentu ingin tahu kelebihan memohon pengiktirafan ISO 50001. Terdapat banyak kelebihan daripada pelaksanaan sistem ISO 50001. Antara yang paling penting sekali tentulah dalam menjadikan organisasi anda lebih cekap dalam menguruskan sumber tenaga. Kecekapan dalam menguruskan tenaga ini akan membawa kepada penjimatan kos yang bermakna penjimatan wang.

 

 

Selain itu ia juga akan memberikan reputasi yang lebih baik kepada syarikat anda nanti. Syarikat anda akan lebih dihormati kerana peka terhadap tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar bagi simpanan generasi akan datang. Seperti yang anda ketahui, syarikat yang terlibat dengan skandal alam sekitar bukan sahaja akan menerima reputasi buruk, tetapi juga bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

 

 

Jika ISO 50001 ini digunakan secara meluas diseluruh dunia, ia boleh memberi pengaruh sehingga 60% tenaga yang digunakan didunia. Banyak bukan? Mungkin sudah sampainya masa untuk kita menjimatkan penggunaan tenaga dan berusaha untuk mencari sumber tenaga yang lebih bersih lagi bagi mendapatkan kualiti alam sekitar yang lebih bersih lagi.

 

 

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment