APA ITU DANA USAHAWAN MUDA?

02/12/2016 1 Comment(s) Ilmu Bisnes,

APA ITU DANA USAHAWAN MUDA?

 

 

 

Dalam kesukaran mendapatkan pekerjaan pada masa ini, ramai lepasan graduan dan golongan belia memilih untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Ada yang bermula secara kecil-kecilan dirumah. Bagi yang mempunyai modal lebih pula, mereka memilih untuk memiliki kedai sendiri. Tidak kisahlah bagaimana bentuk perniagaan itu sama ada secara online ataupun offline, semestinya modal menjadi keutamaan bagi mereka yang ingin menjalankan bidang perniagaan. Bagi anda diluar sana yang mengalami masalah mendapatkan modal, SME Bank ada menyediakan dana khusus untuk anda.

 

 

 

 

Dana yang di maksudkan ialah Dana Usahawan Muda (YEF). Dana ini memang ditubuhkan khusus untuk para belia yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ia juga sebagai salah satu alternatif kepada para belia yang ingin mendapatkan modal untuk bisnes mereka. Bagi anda yang beragama Islam, anda tidak perlu risau tentang unsur-unsur yang meragukan seperti riba’. Ini kerana pembiayaan ini mengamalkan skim patuh syariah. Jadi, tiada kadar interest yang melampau-lampau akan dikenakan apabila anda memohon untuk skim ini.

 

 

Anda pasti ingin tahu tentang berapakah had pinjaman yang boleh dipohonkan? Okey, untuk YEF, had pinjaman ialah dari RM20,000 sehinggalah RM100,000. Tempoh pembayaran pula sehingga 7 tahun termasuk maksimum satu tahun pernafasan. Menarik bukan?

 

 

Untuk memohon pula, anda perlulah berumur dalam lingkungan 18 sehingga 30 tahun dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bagi pemohon yang memiliki perniagaan jenis perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd. Pula, anda perlulah memliki pegangan melebihi 51% dalam perniagaan tersebut serta pembuat keputusan utama dalam perniagaan tersebut. Anda juga perlu memliki Sijil Keusahawan/ Sijil Vokasional ataupun mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam perniagaan yang hendak dibiayai itu.

 

 

 

 

Bagi yang tidak memiliki sijil yang disebutkan diatas bagaimana pula? Jangan risau, permohonan anda tetap akan dipertimbangkan. Tetapi dengan syarat anda perlu menyertai latihan keusahawan yang dianjurkan oleh Center For Entrepreneur Development And Research (CEDAR). Bagi syarikat atau firma baru (Start-up), anda juga dialu-alukan untuk memohon dana ini.

 

 

Jadi sekiranya anda memang berminat untuk memohon pembiayaan ini dan melepasi syarat kelayakkan, anda tidak seharusnya melepaskan peluang yang terbentang luas ini. Untuk maklumat yang lebih detail, anda bolehlah ke cawangan SME Bank yang berhampiran ataupun lawati sahaja laman web mereka iaitu www.smebank.com.my .

 

 

 

 

 

SAUDAGAR PRINTING MALAYSIA®

 

 

TRUST | AFFORDABLE | QUALITY

 

Saudagar Legasi Sdn Bhd (1132432-T)

 

A-157, Ground Floor,

 

Jalan Paya Tiga,

 

25200 Kuantan, Pahang

 

09-5729496

 

1 Comment(s)

Muhammad Fahmi bin mat pahlawi:
01/11/2020, 04:43:13 PM
Reply

Pm

Nur rafidah bt razili:
14/11/2020, 12:57:45 PM

Dokumen apa yang perlu

Nur rafidah bt razili:
14/11/2020, 12:57:45 PM

Dokumen apa yang perlu

Write a Comment