APA ITU PENSIJILAN BLUE RIBBON

27/03/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

APA ITU PENSIJILAN BLUE RIBBON

 

 

 

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa itu Blue Ribbon kan? Riben Biru? Untuk dilekatkan pada bungkusan hadiahkah? Untuk hiasan? Sebenarnya Blue Ribbon yang ingin dibincangkan pada entri kali ini adalah mengenai satu inisiatif untuk mempromosikan udara yang bersih dan bebas daripada asap rokok atau tembakau.

 

 

 

 

Ia mula diperkenalkan di Kanada kemudian dikuti pula oleh negara Jepun. Di Malaysia, sijil Blue Ribbon ini akan dianugerahkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), iaitu sebuah badan berkanun dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini berrtujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan individu, kumpulan, organisasi, dan juga agensi kerajaan yang mempromosikan persekitaran bebas asap rokok.

 

 

Tentu anda ingin tahu jenis premis yang bagaimanakah yang layak mendapat pensijilan ini bukan? Sebenarnya hampir kesemua jenis premis dan tempat awam boleh melaksanakan kempen ini seperti hotel, restoran /kedai makan atau medan selera, kawasan R&R, tempat kerja dan juga taman rekreasi.

 

 

Jika anda berminat untuk memohon pensijilan ini bagi premis anda, anda boleh membuat permohonan terus kepada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat). Jangan lupa juga untuk menghantar salinan borang permohan anda itu ke Jabatan Kesihatan Negeri. Pihak MySihat akan memproses permohonan pensijilan Blue Ribbon anda itu nanti.

 

 

Sijil Blue Ribbon juga sama seperti sijil ISO dan juga SIRIM. Akan ada pemantauan dan pengauditan yang akan dilakukan dalam tempoh tertentu. Sijil ini juga bolh ditarik bila-bila masa sekiranya mereka mendapati premis tersebut melanggar kriteria yang telah mereka tetapkan itu.

 

 

 

 

Selalunya para pemilik syarikat atau organisasi lebih berminat untuk mendapatkan sijil pengesahan KKM, SIRIM, ISO dan sebagainya bagi manfaat perniagaan masing-masing. Apa kata sekali-sekala kita memohon untuk mendapatkan pensijilan yang turut memberi manfaat kepada pekerja dan juga orang awam seperti pensijilan Blue Ribbon. Sekurang-kurangnya mereka juga lebih selesa untuk berada di premis anda. Lagipun bukan semua orang tahan dengan bau asap rokok yang membahayakan itu bukan?

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment