4 MATERIAL T-SHIRT PILIHAN PELANGGAN

22/06/2018 0 Comment(s) T-Shirt,

4 MATERIAL T-SHIRT PILIHAN PELANGGAN

 

 

 

T-shirt adalah pakaian yang sering digayakan untuk pelbagai kegunaan samada untuk kasual, formal, sukan dan sebagainya. Material memainkan peranan penting untuk menghasilkan t-shirt ini kerana ia berbeza mengikut kesesuaian dan keselesaan si pemakai. Berikut merupakan senarai t-shirt dan kelebihannya.

 

 

1. Tetra Cotton (TC Cotton)

 

 

Tetra cotton adalah material dalam kategori cotton tetapi bukan 100% cotton. Ia lebih murah berbanding material 100% cotton. Material jenis ini sangat sesuai untuk kegunaan hari sukan, family day, hari keluarga dan sebagainya. TC cotton kurang menyerap peluh berbanding material 100% cotton, namun ketahanannya lebih lama dan tahan lasak. Ia tidak mudah mengembang atau mengecut apabila dibasuh atau dipakai.

 

 

 

 

2. 100% Cotton

 

 

Material 100% cotton merupakan material yang paling mendapat permintaan tinggi kerana ia sangat selesa dipakai dan mudah menyerap peluh. Ia sesuai dipakai untuk pelbagai kegunaan, samada aktiviti indoor mahupun outdoor. Fabriknya lebih lembut berbanding material jenis TC cotton. Ketahanan material jenis 100% cotton bergantung kepada ketebalannya. Fabrik yang lebih tebal biasanya lebih tahan lasak. Material ini sesuai untuk dijadikan pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak.

 

 

 

 

3. Lacoste

 

 

Material lacoste juga dipanggil CVC, adalah campuran antara cotton dan polyester. Ia lebih lembut dari TC Cotton dan Cotton tetapi kurang menyerap peluh. Material jenis ini tidak mudah mengembang dan tidak mudah kedut. Jenis pakaian yang disarankan untuk dibuat daripada material ini adalah pakaian formal seperti baju berkolar. Kebiasaannya pakaian daripada material ini dipanggil baju polo.

 

 

 

 

4. Microfiber

 

 

Microfiber adalah jenis material yang lebih halus daripada cotton dan lebih selesa dipakai seperti 'natural fabric'. Ia sangat lembut, nipis, ringan dan tidak menyerap peluh. Harga material ini lebih mahal berbanding material tc cotton, lacoste dan cotton kerana ketahanan dan kualitinya. Kesesuaian material ini adalah untuk dijadikan pakaian sukan dan aktiviti lasak. Yang menariknya, si pemakai akan berasa sejuk dan kering apabila memakai pakaian daripada material microfibre ini. Material ini juga dipanggil 'Quick Dry'.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Tags: t-shirt

Write a Comment