4 CARA MEMASARKAN PRODUK IKS DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

14/09/2016 2 Comment(s) Ilmu Bisnes,

4 CARA MEMASARKAN PRODUK IKS DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

 

 

 

Produk tempatan kini telah mula mendapat tempat dihati pengguna negara kita. Ramai yang telah membuka mata tentang kehebatan produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. Produk IKS ini bukan sahaja lebih murah tetapi juga berkualiti. Namun begitu masih ramai pengusaha IKS yang mungkin kurang pengetahuan memasarkan produk mereka supaya lebih mendapat tempat di seluruh Malaysia. Disini kami kongsikan beberapa cara untuk memasarkan produk IKS.

 

 

Yang pertama ialah melalui media sosial. Saluran internet telah terbukti berjaya meningkatkan keuntungan sehingga berlipat kali ganda. Jadi apa salahnya anda mencuba alternatif ini untuk memasarkan produk tersebut. Lagipun ianya mudah dan percuma. Anda hanya perlu upload gambar produk anda itu berserta harga serta nombor telefon untuk dihubungi pelanggan. Yang paling penting anda memerlukan access kepada internet sahaja. Oh, ya! Satu lagi, jangan lupa untuk berikan detail produk berserta harga. Jangan buat ayat, ‘PM untuk harga’. Ramai pengguna diluar sana yang tidak sukakan teknik ini.

 

 

 

 

Cara kedua ialah dengan reka papan tanda dan banner perniagaan yang menarik. Seperti yang sedia maklum, usahawan kecil ini lazimnya menjalankan operasi perniagaan mereka di kawasan luar bandar ataupun kampung. Jadi alternatif lain yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pengguna ialah dengan cara mempamerkan signboard, banner dan juga poster ditepi jalan-jalan utama. Cara ini terbukti efektif dan berkesan untuk menarik lebih ramai pelanggan terutamanya dimusim cuti kerana ramai yang akan pulang ke kampung halaman. Bila mereka supa mencuba sekali dan berpuas hati, mereka bukan sahaja akan kembali, tetapi akan turut mempromosikan produk anda kepada orang lain pula.

 

 

Alternatif ketiga yang boleh digunakan ialah dengan melantik agen diseluruh negara. Dengan cara ini pelanggan akan lebih mudah untuk mendapatkan produk anda itu dilokasi yang berhampiran dengan mereka. Ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk mempromosikan produk anda diseluruh negara. Anda bukan sahaja dapat meningkatkan jualan produk anda, tetapi juga dapat membantu menambah pendapatan agen-agen dibawah anda.

 

 

 

 

Seterusnya sebagai pengusaha IKS anda juga amat-amat digalakkan untuk menyertai ekspo mahupun karnival keusahawanan. Karnival atau ekspo ini adalah cara terbaik untuk mempromosi dan memperkenalkan produk anda itu kepada pengguna. Jangan lupa untuk menyediakan pamphlet untuk pengunjung yang hadir supaya mereka dapat menghubungi anda sekiranya mereka berminat dengan produk tersebut.

 

 

 

 

Sebenarnya terdapat banyak lagi alternatif lain yang boleh digunakan usahawan IKS untuk mengembangkan lagi perniagaan. Antaranya ialah dengan menjual produk tersebut di pasaraya-pasaraya utama seperti Giant ataupun Mydin. Anda Cuma perlu meluangkan sedikit masa untuk bertemu dengan pengurus pasaraya tersebut untuk maklumat terperinci.

 

 

 

 

 

SAUDAGAR PRINTING MALAYSIA®

 

 

TRUST | AFFORDABLE | QUALITY

 

Saudagar Legasi Sdn Bhd (1132432-T)

 

A-157, Ground Floor,

 

Jalan Paya Tiga,

 

25200 Kuantan, Pahang

 

09-5729496

 

2 Comment(s)

seri:
25/02/2018, 09:08:32 PM, www.ummiseri.com
Reply

bagaimana nak jual brg dlm mydin ya

NURUL JANNATUNNAIM:
28/11/2020, 12:34:05 PM
Reply

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. sy nk tahu.. bagaimana cara utk sy pasarkan produk sy.. dan blh x sy nk myertai mna2 event yg diadakan spnjng musim pkp nie.. utk makluman pihak tuan/puan.. sy peniaga nasi lemak,char kueh teow, dan roti john... sy berharap sesiapa tlong hubungi sy di talian 017-6713929 [Nurul] tq

Write a Comment