4 CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENGURUSAN LEAN

23/03/2017 0 Comment(s) Ilmu Bisnes,

4 CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENGURUSAN LEAN

 

 

 

Walaupun sistem pengurusan lean telah terbukti memberi pelbagai manfaat besar kepada sesebuah syarikat dan organisasi, masih terdapat pelbagai cabaran semasa perlaksanaannya. Ialah, benda yang bagus mestilah ada kesukarannya jugakan?

 

 

 

 

Antara cabaran yang terbesar sekali adalah halangan atau rintangan daripada kakitangan itu sendiri. Macam mana tu? Seperti yang kita semua ketahui, kebanyakkan orang memang tidak begitu menyukai perubahan. Terutamanya perubahan dalam rutin kerja mereka. Ada yang menganggap perubahan itu tidak perlu. Mereka tidak mahu keluar dari zon selesa. Namun bukan semua yang bersikap begitu. Jadi disini pengurus harus bijak memainkan peranan mereka menguruskan staf bawahan mereka supaya pelaksanaan sistem baru ini dapat dijalankan.

 

 

Cabaran kedua adalah dari segi kos. Memanglah sistem pengurusan lean digunakan untuk mengurangkan kos dalam pengurusan syarikat. Tetapi kadang-kadang anda perlu membuat sedikit pelaburan bagi mendapatkan keuntungan jangka panjang. Mungkin pada peringkat awal anda perlu mengeluarkan belanja bagi membeli peralatan baru ataupun mengupah mereka yang pakar dalam sistem pengurusan ini untuk membantu pekerja-pekerja anda. Tetapi semua ini akan terbayar semula apabila kualiti serta produktiviti syarikat anda meningkat.

 

 

Seterusnya adalah dari segi penyelenggaraan. Anda perlu sentiasa memantau setiap proses yang berlaku dalam organisasi anda. Bermula dari peringkat awal sehinggalah kepada pengeluaran produk kepada pelanggan. Ini penting bagi memastikan setiap mutu serta kualiti adalah seperti yang diharapkan pelanggan. Untuk peringkat awal, ia mungkin agak meletihkan kerana anda harus memastikan pekerja anda melakukan segalanya mengikut standard yang telah ditetapkan. Tetapi setelah beberapa lama, mereka akan terbiasa dan kesilapan dapat dikurangkan.

 

 

Akhir sekali anda perlu mengambil lebih pekerja. Kenapa? Untuk peringkat awal, anda mungkin memerlukan pekerja tambahan bagi membantu pekerja sedia ada dalam melakukan tugasan-tugasan mereka. Ini mungkin terdiri daripada pekerja yang mahir dengan sistem pengurusan ini. Mereka akan membantu pekerja sedia ada anda untuk melakukan tugasan mengikut skop dan standard yang ditetapkan tadi. Jadi pekerja anda tidak akan berasa terbeban dengan pelaksanaan sistem baru ini.

 

 

 

 

Walaupun terhadap pelbagai cabaran dalam mengimplimentasikan suatu sistem yang baru, namun semuanya akan dapat diatasi. Cabaran-cabaran atau kesukaran pada peringkat awal ini sebaliknya akan memberikan satu keuntungan untuk jangka masa panjang. Yang paling penting adalah kesabaran serta komitmen yang tinggi dari semua pihak.

 

 

 

 

Get Notification Once We Update:

Delivered by Saudagar Printing Malaysia

Write a Comment